This is a bridge
This slideshow uses the JQuery script from Pixedelic
This is a Video slide

Profil KV Shah Alam

Print
Category: Profil Published on Tuesday, 20 August 2013 Written by Administrator

PENGENALAN

Kolej Vokasional Shah Alam merupakan salah sebuah kolej rintis di bawah Bahagian Pendidikan Teknik & Vokasional (BPTV) yang memberi fokus utama kepada pendidikan kemahiran. Kolej ini terdiri dari 101 orang pengajar dan 24 orang staf sokongan. Sesi pembelajaran bermula 8.00 pagi sehingga 5 petang.  Sehingga bulan Julai 2013, jumlah pelajar di kolej ini mencecah 379 orang pelajar, 85% daripadanya menetap di asrama yang disediakan

 

 LATAR BELAKANG KOLEJ VOKASIONAL SHAH ALAM

Kolej Vokasional Shah Alam, terletak di Jalan Batu Tiga, Shah Alam,dibina pada 26 Jun 1989 dengan keluasan 32 ekar di bawah projek ADB III, dan siap sepenuhnya pada bulan September 1992. Kedudukannya adalah di tengah-tengah kawasan perindustrian.

       Pengambilan pelajar pertama adalah pada bulan Mac 1993 dan dikenali sebagai Sekolah Menengah Vokasional Shah Alam. Pada tahun 1997, sekolah ini telah dinaik taraf menjadi Sekolah Menengah Teknik dengan memperkenalkan jurusan Pengajian Kejuruteraan Jentera iaitu disamping dua kursus aliran vokasional, kursus kemahiran dan kursus lanjutan masih terus dijalankan. Mulai tahun 2005, kursus Pengaturcaraan Komputer telah ditawarkan di sekolah ini dengan kapasiti 20 orang pelajar bagi tingkatan 4 dan 5.

        Pada tahun 2010,  sekolah ini telah ditukar semula kepada Sekolah Menengah Vokasional Shah Alam dan menawarkan kursus tambahan iaitu Pengurusan Perniagaan dengan kapasiti 30 orang pelajar bagi setiap kelas.

            Pada tahun 2012, berlaku lagi perubahan tetapi sekolah ini telah dinaik taraf menjadi Kolej Vokasional Shah Alam. Sehingga tahun 2013, empat kursus telah ditawarkan untuk Diploma Vokasional iaitu Pemesinan Industri, Teknologi Kimpalan, Pangkalan Data dan Web dan Pengurusan Perniagaan.

 

VISI

Menjadi Institusi Pendidikan Vokasional Yang Unggul

 

MISI

Merealisasikan Pendidikan Vokasional Melalui Pelaksanaan Program yang Berkualiti

 

BARISAN PENTADBIR KVSA TAHUN 2013


Dari kiri : En. Zulkhairil bin Roslan (Kaunselor), En. Saeden bin Dahaman (Ketua Unit Jaminan Kualiti), En. Mohd Hanafi bin Junoh (Ketua Jabatan Pengurusan Perniagaan), Pn. Salmah bt Alighor (Ketua Jabatan Pendidikan Umum), Pn. Hjh Noraini bt Ishak (Timb. Pengarah Akademik), Pn. Hjh Karteni bt Hj. Osman (Pengarah), Pn. Norashikin bt Abdullah (Timb. Pengarah Sokongan Akademik),  Pn. Hjh Norhazah bt Mungawan (Ketua Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi), Pn. Siti Aishah bt Rusli (Ketua Unit Bimbingan Kaunseling), Pn. Suriani bt Abd Hamid (Ketua Unit HEP) dan Pn. Zahani bt Yacob (Ketua Jabatan Penilaian dan Pentaksiran)

 

PENCAPAIAN SMT/SMV SHAH ALAM

                          

Klik di sini >> Pencapaian SMT/SMV Shah Alam sehingga tahun 2011<<

 

Hits: 2440

Info Pelawat

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday7
mod_vvisit_counterYesterday137
mod_vvisit_counterThis week519
mod_vvisit_counterLast week996
mod_vvisit_counterThis month3245
mod_vvisit_counterLast month3595
mod_vvisit_counterAll days29133

Online Now: 4
Your IP: 54.198.140.148
,
Today: August 28, 2014
Visitors Counter

   

    
 
 
 

 

Copyright © 2013 Kolej Vokasional Shah Alam